Malay Arabic Chinese (Simplified) English Indonesian Spanish

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Latar Belakang Jabatan

SEJARAH PENUBUHAN

  • Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan mula ditubuhkan berdasarkan Seksyen 8(1), (2), (3) dan (4) Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Kelantan 1982 (Pindaan 1998).
  • Penubuhannya berkuatkuasa pada 16hb Julai 1998 mengikut Warta Kerajaan Negeri Kelantan Jld.51 Nombor 7 yang bertarikh 26hb Mac 1998.
  • Sebelum itu, Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri Kelantan dibawah Pejabat Qadhi Besar Kelantan dan diketuai Qadhi Besar yang kemudian diubah kepada Ketua Hakim Syarie mulai pada 16hb Ogos 1998.
  •  

SEJARAH PERKEMBANGAN

TARIKH PERKEMBANGAN
04.12.1972  Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tan Sri Syed Nasir Ismail bagi mengkaji kedudukan Mahkamah Syariah dan taraf Qadhi-qadhi seluruh Malaysia dengan hasrat untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kedudukan Mahkamah Syariah dan taraf Qadhi-Qadhi.
30.04.1983

Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah menimbang laporan Jawatankuasa tersebut dan memperakui untuk diterima pakai oleh Negeri-negeri. Laporan tersebut adalah mengenai :

  • Struktur organisasi Mahkamah Syariah, bidang kuasa, prosedur dan tugas-tugas Qadhi.
  • Negeri-negeri wajib mempunyai organisasi Mahkamah Syariah dengan struktur dan tanggungjawab semata-mata dalam perkara kehakiman.
  • Susunan struktur organisasi Mahkamah hendaklah mempunyai tiga peringkat iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.
  • Perlu diwujudkan satu skrin perkhidmatan kehakiman dan perundangan syariat di tiap-tiap negeri.

02.06.1990
&
03.06.1990

Jabatan Perkhidmatan Awam dan Perbendaharaan Malaysia telah membuat pemeriksaan perjawatan bagi mewujudkan Mahkamah Syariah Negeri.
09.06.1991 Mesyuarat Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Perjawatan telah membuat keputusan bersetuju dengan cadangan ini.
03.11.1991 Majlis Mesyuarat Kerajaan telah berbincang kertas MMK Bil. 22/862/91(25) dan bersetuju jawatan-jawatan berkenaan diluluskan tetapi pengisian jawatan-jawatan yang berkenaan bergantung kepada kemampuan dari segi kewangan dan hendaklah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan terlebih dahulu.
16.01.1995

12.08.1995

Keputusan ini telah dimaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk pertimbangan dan perakuan Perbendaharaan Malaysia bagi kelulusan perjawatan mengikut perkara 112 Perlembagaan Persekutuan.
02.05.1996 Mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi mengkaji Jawatan-jawatan Tingkatan Tertinggi (JKTT) telah bersetuju dengan cadangan pelaksanaan sepenuhnya pengasingan perjawatan Mahkamah Syariah Negeri Kelantan dan perwujudan jawatan-jawatan Ketua Hakim Syariah, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan jawatan-jawatan sokongan Mahkamah Syariah Negeri Kelantan. 
11.07.1996 Perbendaharaan Malaysia telah mengeluarkan kelulusan Perjawatan Bil. 67 Tahun 1996 yang berkuatkuasa mulai 15 Julai 1996 mengenai perjawatan Mahkamah Syariah Negeri Kelantan.

 

MANTAN KETUA HAKIM SYARIE

 

Mulai 16 Julai 1989, Jawatan Qadhi Besar dimansuhkan dan digantikan dengan Jawatan Ketua Hakim Syarie yang dipegang oleh YAA Dato'Haji Daud Bin Muhamad (Dato' Aria Diraja) sehingga sekarang.

 

 

 

APLIKASI ATAS TALIAN

   E-Syariah

   Pengiraan Faraid

   Sistem HRMIS

   E-Aduan

   Webmail

 

WAKTU BEKERJA

Ahad - Rabu
8.00 pagi - 1.00 t/hari
2.00 petang - 5.00 petang

Khamis
8.00 pagi -1.00 t/hari
2.00 petang - 3.30 petang

Jumaat &Sabtu : Cuti Umum

MOBILE/ WEB 2.0

___________________________

 Mobile Web

IKUTI KAMI

     Facebook

 

    RSS Feed

 

 

You are here: Home PROFIL JABATAN Latar Belakang Jabatan